top of page

Bantuan untuk Ustaz Wan Ji dijatuhi hukuman penjara



Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menjatuhkan hukuman penjara selama 9 bulan ke atas pendakwah bebas Ustaz Wan Ji Wan Hussin, sebuah NGO, Pertubuhan Pemerkasaan Wanita dan Keluarga Petrajaya diberikan kebenaran untuk mengutip derma bagi membantu keluarga Ust Wan Ji.


Menurut Setiausaha Kerja Penerangan KEADILAN Malaysia, Iswardy Morni, persetujuan menggunakan akaun NGO itu bagi mengelakkan akaun persendirian disekat jika sekiranya berlaku sejumlah besar kemasukan wang derma.


Kata beliau, bantuan akan diserahkan kepada Puan Salmi, isteri Ust Wan Ji pada setiap bulan mengikut kutipan.


"Ust Wan Ji ada 5 anak dan yang sulung berusia 18 tahun serta dalam proses menyambung pelajaran," katanya.


Oleh itu, ujar beliau, bantuan amat diperlukan kerana keluarga tersebut tiada sumber pendapatan lain yang stabil.


Bagi individu atau kumpulan yang mahu menderma mereka boleh melakukannya atas nama Pertubuhan Pemerkasaan Wanita dan Keluarga Petrajaya. Nombor akaun: 21125460011990. RHB Islamic.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn Anna secara Whatsapp di 0122619418 (Admin En Iswardy).


Wan Ji dijatuhi hukuman penjara 9 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor, hampir 11 tahun lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page