top of page

Bantuan khas Hari Raya Aidilfitri Selangor RM1,000



Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan khas kepada penjawat awam Selangor bernilai RM1,000 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Dalam kenyataannya, Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu bagi menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.


"Kerajaan Negeri bersetuju bayaran khas kewangan yang dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor berjumlah RM1,000 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.


Selain itu, menurut MB bantuan tersebut dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor.


Manakala buat anggota bukan perkhidmatan awam, Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan dengan nilai RM500.


"Bagi Penggerak Belia Selangor (PeBs), sebanyak RM500 diperuntukkan kepada mereka


"Kerajaan Negeri juga bersetuju agar Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM500 diberikan kepada penggerak masjid (nazir, imam, siak dan bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadan ini, yang akan disalurkan melalui inisiatif khidmat sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri,” kata Amirudin lagi.


Tambah Amirudin, kos pemberian bantuan itu membabitkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April nanti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page