Bantuan dinikmati majoriti Bumiputera dalam era Kerajaan Madani
- Redzuan Shamsudin

- Mar 2, 2024
- 2 min read

Kerajaan Madani tidak sebagaimana ditohmah oleh pembangkang kononnya menyebabkan kaum Melayu 'terancam' di negara ini akibat polisi sama rata dengan kaum bukan Melayu.
Perdana Menteri (PM) Datuk seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan Bumiputera adalah kaum terbesar yang menikmati bantuan biar pun skim bantuan kerajaan tersebut bebas dinikmati oleh kaum lain seperti bantuan kemiskinan dan Sumbangan Tunai Rahmah.
"Tahun 2023 bantuan kebajikan masyarakat yang diperuntukan berjumlah RM2.4 bilion memanfaatkan golongan rentan tanpa mengira kaum dan penerimanya, merangkumi 70% Bumiputera, 15% Cina dan 19% India.
"Program i-Sara yang melibatkan 700,000 penerima miskin memanfaatkan semua kaum. Dengan agihan sama tiada pilih kasih. kategori miskin dan diberikan.
"Sumbangan Tunai Rahmah peruntukan RM10 bilion dan penerimanya lebih 8 juta. Manfaatnya dinikmati 5.7 juta Bumiputera, 1.6 juta Cina dan 700,000 India.
"Saya tekankan hal ini untuk menolak tanggapan bahawa beberapa dasar kita itu seolah olah memanfaatkan satu kaum (sahaja)," katanya dalam ucapan penutup di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di PICC, Putrajaya petang tadi.
Bagaimanapun, kata PM, kerajaan tetap akan menumpukan isu pemerkasaan ekonomi Bumiputera kerana terbukti kaum itu adalah yang paling ketinggalan dan paling banyak memerlukan bantuan di Malaysia.
Katanya, kesenjangan jurang pendapatan dalam kalangan kaum Melayu-Bumiputera perlu ditangani secara tuntas dan pada masa sama juga perlu diatasi kesenjangan pendapatan antara Bumiputera dan kaum lainnya.
"Kesenjamgan di antara kaun Melayu, Cina, India juga terus melebar. Bagi negara berbilang bangsa untuk memastikan ia lebih mapan, aman dan terpeliharan bagi semua kaum, harus ditangani kesenjangan tersebut
"Bila bicara Perusahaan Menengah, Kecil, Sederhana (PMKS) yang merupakan strategi utama dalam ekonomi Madani, peruntukan besar diluluskan (untuk PMKS). PMKS itu harus diangkat keupayaan mereka walaupun secara kebetulan faedah terbesar diperolehi syarikat Cina.
"Lihat dalam kontesk ini, kalau negara mahu diangkat keupayaannya maka harus berani mengambil beberapa tindakan sama ada faedahnya langsung kepada Bumiputera atau memberi manfaat kapada Cina atau India. Kita akan lakukan sebaiknya supaya Malaysia boleh menjadi terkenal semula (dalam bidang ekonomi)," katanya.
Dalam kongres kali ini, kata Anwar, banyak desakan supaya peranan GLC dan GLIC dilipatgandakan dalam memacu ekonomi Bumiputera kerana anak anak syarikat kerajaan tersebut mempunyai modal dan kepakaran tinggi bagi menggerakkan perniagaan Bumiputera yang masih ketinggalan.
"Kali ini dalam kongres, peranan GLC, GLIC lebih ketara kerana sampai ke tahapnya di mana mereka harus juga ambil alih tanggungjawab yang dahulunya digalas oleh jentera kerajaan supaya agenda negara memartabatkan rakyat, memacu pertumbuhan yang segar dan menjamin keselesaan hidup Bumiputera akan menjadi agenda jelas bagi semua," katanya lagi.




Comments