top of page

Bantuan Covid 19: NGO CVC Johor mohon sumbangan program Food Bank


NGO Community Volunteers COVID-19 (CVC) Johor yang bernaung di bawah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia telah membantu ribuan keluarga di Johor sejak wabak Covid 19 melanda Malaysia. Berikutan permintaan tinggi untuk makanan bagi golongan terjejas ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kesukaran akibat kehilangan kerja atau pendapatan selepas tempoh itu, NGO telah menubuhkan Food Bank CVC19. Bagaimanapun, menurut Penyelaras CVC Negeri Johor, Datuk Amilizan Mazlan, NGO tersebut kekurangan dana bagi menampung program Food Bank yang disasasarkan kepada golongan B40.

Sehubungan itu, katanya, sumbangan rakyat Malaysia amat diperlukan untuk meneruskan aktiviti amal NGO berkenaan. "Sumbangan sejumlah RM5 dan ke atas amat bermakna kepada insan-insan malang ini dan ganjaran Allah sangat besar terutama di bulan Ramadan. "Selain itu, NGO kami juga melaksanakan program wakaf al Quran dengan sumbangan RM45 bagi mengumpul tabung. Kami harap orang ramai akan menderma untuk membantu golongan asnaf dan yang memerlukan pada Ramadan dan Syawal yang mulia ini," katanya. CVC19 berbeza dengan misi bantuan bencana alam lain kerana berkerjasama rapat dengan pakar wabak serta mereka yang mempunyai latarbelakang pengurusan wabak. NGO ini membantu masyarakat Malaysia atau pemastautin yang betul-betul memerlukan bantuan seperti makanan, lampin pakai-buang, susu dan keperluan lain bagi meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sebarang sumbangan kepada Food Bank CVC19 Johor boleh dilakukan dengan melayari : https://toyyibpay.com/Food-Bank-CVC19-johor atau melalui QR CODE yang tertera pada poster rayuan sumbangan. Aktiviti NGO CVC19 boleh diikuti setiap masa di alamat Facebook: https://www.facebook.com/CovidCVC19Johor/




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page