Bank Negara beli tanah kerajaan RM2.07b selamatkan 1MDB - PAC



Dakwaan bahawa kerajaan ketika pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak menggunakan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam operasi membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan membeli tanah kerajaan bernilai RM2.07 bilion didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).


Menurut Pengersusi PAC, Wong Kah Woh, badan menemui fakta mengejutkan tersebut dengan nilai tanah asal menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) hanya bernilai RM1.422 bilion.


"Hasil jualan telah digunakan untuk tujuan pembayaran di bawah pelan rasionalisasi 1MDB pada 31 Disember 2017," kata Wong yang juga wakil rakyat DAP.


Jelas PAC dalam penemuannya, Bank Negara tidak pernah merancang untuk membeli tanah itu sebelum Kementerian Kewangan membuat tawaran


Pembelian tanah juga bukan sebahagian daripada pelan strategik BNM dari 2015 hingga 2017 walaupun bank pusat itu kemudiannya mendakwa mahu membangunkan hab perkhidmatan pendidikan.


"BNM tidak melaksanakan due diligence yang secukupnya dalam pembelian Tanah Lot 41. Lembaga Pengarah Bank Negara membuat keputusan untuk membeli Tanah Lot 41 dalam masa sembilan hari selepas perbincangan dengan MOF (15 Ogos 2017), dan tiga hari selepas tawaran dikemukakan oleh MOF (21 Ogos 2017).


“Transaksi perolehan diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat iaitu empat bulan. Kesemua ini membangkitkan keraguan sama ada BNM menghadapi tekanan daripada pihak krajaan dalam membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.


Hartanah berkenaan beralamat di Lot 41, bersebelahan kompleks Sasana Kijang milik Bank Negara di Kuala Lumpur.


PAC yang menjalankan mesyuarat prosiding pada 20 September lepas. Wong juga berkata, tiga saksi dipanggil pada mesyuarat berkenaan iaitu Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) Patimah Ramuji, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon dan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.


Selain itu, PAC juga mendapati BNM tidak melaksanakan usaha secukupnya dalam pembelian Tanah Lot 41. Lembaga Pengarah BNM membuat keputusan membeli tanah lot itu dalam masa sembilan hari selepas perbincangan dengan MOF pada 15 Ogos 2017, dan tiga hari selepas tawaran dikemukakan oleh MOF pada 21 Ogos tahun sama.


PAC turut merumuskan harga perolehan Tanah Lot 41 berjumlah RM2.07 bilion berdasarkan penilaian yang dilaksanakan Tetuan Suleiman & Co adalah tinggi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER