top of page

Banjir Selangor: Polis nafi halang NGO hantar bantuan ke Sri Muda



Pihak polis menafikan dakwaan terdapat NGO yang dihalang daripada menghantar bantuan ke kawasan terjejas akibat banjir di Sri Muda, Shah Alam, Selangor.


Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib, salah faham dalam kalangan NGO atau orang awam yang ingin membantu akibat sekatan jalan oleh pihak berkuasa itu berikutan operasi menyelamat sedang berjalan dan kenderaan persendirian dilarang masuk agar tidak mengganggu misi evakuasi.


"Siaran media ini berkaitan tular di Tik Tok oleh penama @shahedrian90 (gambar atas) mendakwa dihalang untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Sri Muda.


"Untuk makluman semasa kejadian, PDRM bersama agensi seperti JPAM, BOMBA dan ATM sedang bertungkus lumus menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa banjir daripada kawasan Sri Muda yang sedang ditenggelami air.


"Justeru hanya sebahagian kenderaan NGO dibenarkan masuk, dan kebanyakan kenderaan dan orang awam tidak dibenarkan masuk atau keluar tanpa kebenaran bertujuan mengelakkan kesesakan dan memberi laluan kepada lori keluar masuk untuk membawa mangsa ke Pusat Penempatan Sementara (PPS)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, tindakan mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku, memandangkan paras air sungai semakin meningkat pada masa itu dan dikhuatiri kesesakan dilokasi akan menambahkan lagi kemudaratan kepada semua pihak serta menyukarkan proses untuk menyelamatkan nyawa mangsa.


"Keprihatinan semua NGO dan orang awam amat dihargai dalam usaha membantu mangsa banjir, walau bagaimanapun suka diingatkan semua pihak agar mematuhi arahan pihak berkuasa, supaya dapat memudahkan proses menyelamatkan mangsa dilaksanakan.


"Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil tindakan segera bagi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa yang terjejas banjir," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page