top of page

Banjir: KKM pantau keadaan, tangani penyakit bawaan air



Langkah proaktif akan dilaksana Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani sebarang penyakit bawaan air susulan kejadian banjir di beberapa negeri yang sedang melanda.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata pihak KKM akan memantau penyakit bawaan terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan yang sering berlaku terutama selepas banjir melanda sesuatu kawasan.

"Kita juga akan menggerakkan pasukan lain (pasukan kesihatan) untuk aktiviti pembersihan terutama di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terjejas dengan bencana tersebut," katanya dipetik.


Zaliha sebelumnya merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 bertemakan Invest in Nursing: Then, Now and What's to Come di Melaka semalam


Mengulas lanjut mengenai banjir kali ini, beliau turut menjelaskan bahawa pihak kementerian mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika berlaku banjir terutama dalam menguruskan pusat pemindahan sementara (PPS).


Antara perkara dilakukan termasuklah melaksanakan aktiviti semburan untuk mengelak penyakit berjangkit selain membuka klinik bergerak sebagai rawatan segera kepada mangsa banjir yang sakit.


Selain itu bagi mengekang penularan Covid-19, pihak KKM juga turut melaksana saringan kepada mangsa banjir yang berpindah ke PPS.

Keadaan banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka sejak beberapa hari lalu semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa dipindakan ke PPS setakat petang semalam mencecah 50,000 orang.


Johor yang paling terjejas terus dengan bencana itu mencatatkan jumlah mangsa di pindahkan ke PPS meningkat kepada 46,742 orang.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan sebanyak 264 PPS telah dibuka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page