top of page

Banjir Baling: Kerajaan Pas perlu kenal pasti pihak bertanggungjawab, bukan sibuk tunding jari

Updated: Jul 12, 2022



Kerajaan Pas Kedah dinasihatkan agar segera menjalankan siasatan dan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab sehingga terjadinya banjir besar di Kampung Ibol, Kupang, Baling baru baru ini.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, sikap pemimpin Pas yang menunding jari mencari kesalahan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan sebelum ini tidak akan menyelesaikan masalah pada waktu mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan penuh.


"Pertama, kena pasti siapa yang bertanggungjawab. Selepas kenal pasti kena ambil tindakan. Kalau kenal pasti tak ambil tindakan tak guna juga.


"Bukan menunding jari kepada sesiapa. Sebab mana mana kerajaan yang memerintah tak boleh toleh ke belakang. Tuduh orang itu, orang ini. Kamu yang memerintah kamu kena ambil tindakan, ada penguatkuasaan.


Panggil Pejabat Hutan, panggil Pejabat Tanah. Kalau sekiranya perusahaan Musang King menjadi masalah selesaikan masalah itu," katanya kepada Suara Keadilan.


Johari berkata, pihak pembangkang Kedah bukan mengkritik secara membuta tuli berkenaan banjir tersebut atau mahu semua pokok durian Musang King ditebang tetapi pembangkang mahu melihat penyelesaian secara tuntas dilaksanakan.


"Bukan suruh cabut semua pokok durian. Kalau air (takungan) yang masalah, tengok masalahnya, adakah cara takungan air tidak betul? Maknanya kita melihat masalah, selesaikan masalah itu. Orang kampung tidak mengalami masalah. Syarikat yang tanam modal (Musang King) tidak mengalami masalah. Tetapi kena kenal pasti apakah isu sebenarnya.


"Saya ingat itu lebih logik dan matang daripada tuduh orang itu, ini tetapi tidak buat apa apa tindakan.


"Ini kali kedua (Kedah dilanda musibah), kali pertama di Yan (kepala air) dan selesaikan masalah itu. Jadi tak payah nak ulangi kekalutan seolah olah kita tak pernah lalui," katanya.


ADUN Gurun itu juga menegur sikap kerajaan Pas Kedah yang masih berteka teki mengenai nasib mangsa banjir yang rumah mereka dihanyutkan arus


Johari berkata, kerajaan Kedah harus menyediakan rumah ganti kepada mangsa dan oleh kerana mereka menumpang tanah rizab sungai maka perlu Kerajaan Negeri menyediakan tanah kerajaan sebagai tapak baharu.


"Mereka ini sama ada duduk di atas rizab sungai atau bukan mereka adalah mangsa. Saya cadangkan kepada MB ambil tindakan serta merta untuk buat penempatan semula.


"Cari tempat tanah kerajaan, ubah syarat supaya mereka ini duduk di tempat yang selamat. Kalau perlu anugerah tanah maka anugerahkan tanah. Sebab saya difahamkan 13 rumah hilang atau musnah teruk.


"Kedua, bina semula rumah mereka. Mereka bukan minta banglo. Saya pasti Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan. Tak kan satu rumah sekitar RM45,000 tak boleh buat. Tak sampai 20 orang terlibat yang mengalami kemusnahan total atau separuh musnah ini," katanya lagi.


Selian itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani mahu kerajaan Pas mendedahkan semua perkara yang melibatkan penanaman Musang King di hutan Gunung Inas tanpa memilih bulu sekiranya Kerajaan Negeri benar benar prihatin nasib rakyat dan tidak mahu bencana sama berulang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page