Bakal Ketua Polis Negara perlu siasat kematian A. Ganapathy - Tan Kar Hing


Bakal Ketua Polis Negara, Acyl Sani Abdullah Sani bertanggungjawab untuk menyiasat kematian seorang tahanan reman A. Ganapathy yang mati ketika dalam jagaan pasukan itu.


Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Perak, Tan Kar Hing, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu menyiasat dengan rapi kes tersebut selepas peguam keluarga mendiang mendedahkan hasil laporan bedah siasat mendapati Ganapathy meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kaki dan bahu sewaktu dalam tahanan polis.


"Kita bakal menerima Ketua Polis Negara yang baru pada minggu depan. Beliau seharusnya menangani masalah kekhuatiran masyarakat terhadap integriti dan profesionalisme PDRM dalam menjalankan tugas penguatkuasaan," kata Tan dalam satu kenyataan.


ADUN Simpang Pulai itu berkata, terdapat fakta mengejutkan menurut laporan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), iaitu sebanyak 104 kes kematian dalam tahanan polis pada tahun 2011 - 2018, di mana 56 kes berkaitan masalah perubatan, 8 kes bunuh diri, 2 kemalangan, 4 kekerasan dan 34 tidak diketahui puncanya.


Katanya, angka tersebut agak membimbangkan tetapi punca kematian kes-kes yang berlaku itu biasanya dipertikaikan masyarakat terutamanya pihak keluarga mangsa.


"Melihat kepada jawapan Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri pada ketika itu menjelaskan SOP baru akan diperkenalkan dalam lokap polis.

"Tahanan diminta untuk isi borang tahap kesihatan dengan sendiri, dan jika didapati menghadapi masalah kesihatan mereka harus diasingkan daripada lokap tahanan biasa.


"Daripada jumlah 730 lokap polis, 414 lokap polis telah memasangkan CCTV bagi memantau keadaan dalam ruang lokap, namun selebihnya masih tidak mempunyai kemudahan tersebut.


"Menteri harus memastikan perkara ini diatasi sepenuhnya bagi mencegah sebarang salahlaku timbul dalam lokap polis,” katanya.


Tan juga menimbulkan kebimbangan jika insiden kes kematian A. Ganapathy seumpama kematian George Floyd di Amerika Syarikat yang melibatan isu kekerasan pihak polis. Hal itu seharusnya ditangani dengan penuh cermat.


Katanya, Jabatan Peguam Negera wajar memulakan siasatan terhadap punca kematian mendiang A. Ganapathy dan mengheret pesalah ke mahkamah.


Ganapathy telah direman selama 13 hari, kemudian dihantarkan ke Hospital Selayang pada penghujung tarikh reman kerana didapati mengalami kecederaan fizikal yang serius dan kritikal.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER