top of page

Bahaya fitnah bunuh walau sekecil kejayaan - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 26, 2023
  • 1 min read

ree

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengharapkan budaya fitnah dari parti pembangkang tidak terbawa bawa ke dalam KEADILAN.


Katanya, budaya fitnah jika merebak ke dalam parti maka ianya akan membunuh kejayaan parti biar sekecil mana pun.


"Isu fitnah ini bukan sahaja dari luar, dari dalam pun ada. Ia membunuh kejayaan sekecil mana pun. Ia membakar usaha kita kerjakan selama ini


"Kalau boleh berhuznuzon sesama parti lawan, takkan tidak boleh bersangka baik sesama kita?


"Kita guna peluang untuk membina kekuatan


"Lihat kiri kanan, depan belakang. Inilah teman teman. Jadi kita guna senapang, peluru kita untuk lawan pihak luar yang layak dilawan," katanya dalam sesi penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2023.


Bagi Nurul Izzah, perjuangan KEADILAN sejak 25 tahun lalu adalah sejalan dengan ajaran Islam yang memperjuangkan rakyat dan menolak kezaliman.


"Yakinkah apa yang kita perjuangkan ini adalah selari dengan perjuangan Islam. Kelebihan manusia terletak bukan kepada warna kulit, bangsa tetapi kerana takwa


"Kita harus memperkukuh tekad kita sementara bertarung di media sosial," katanya lagi.


Selain itu, beliau juga mahu perwakilan merenung kembali Deklarasi Permatang Pauh untuk memahani Malaysia Madani kerana deklarasi itu adalah batu asas konsep Madani.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page