top of page

Bahas, luluskan Belanjawan 2023, jangan bentang dan bubar Parlimen - Mahfuz



Usai pembentangan Belanjawan 2023 pemimpin BN diingatkan agar meluluskan belanjawan itu terlebih dahulu sebelum berkira kira membubarkan Parlimen.


Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, amat tidak bertanggungjawab sekiranya Kerajaan BN membentangkan belanjawan dan kemudian Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong meminta pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"Kerajaan diharap tidak memperbudak-budakan rakyat dengan membentangkan Bajet 2023 tanpa sempat diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


"Sebagai sebuah kerajaan yang sering ingin dilihat prihatin kepada rakyat, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya tidak membentangkan Bajet 2023 hari ini kemudian membubarkan Parlimen tanpa sempat bajet tersebut dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat.


"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak sepatutnya bertindak kurang matang seolah-olah memberitahu rakyat, "Kalau mahu Bajet ini maka kamu perlu undi kami".


"Tindakan sedemikian merupakan satu perbuatan yang jijik dalam sebuah negara demokrasi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Mahfuz, proses kelulusan belanjawan dari perbahasan setiap kementerian, mendapatkan kelulusan penuh, dibahas di Dewan Negara dan dipersembahkan kepada Agong harus dilakukan secara teratur dalam tempoh tertentu


Sekiranya tidak, katanya, tiada guna belanjawan tersebut dibentangkan.


"Bajet yang dibentangkan itu akan dibahas oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang demi untuk menambah baik apa yang telah dibentangkan.


"Selepas dibahas di Dewan Rakyat, ia turut dibahas di Dewan Negara sebelum diserahkan kepada YDP Agong dan diwartakan," katanya lagi.


Mengikut proses biasa, perbahasan dan kelulusan di Dewan Rakyat akan memakan masa hampir 2 minggu dan seminggu lagi diperlukan untuk membahaskan di Dewan Negara.


Sekiranya Parlimen mahu dibubarkan selepas kelulusan Belanjawan maka tarikhnya jatuh pada bulan November yang bersamaan dengan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa ketika itu negara akan dilanda banjir besar musim tengkujuh.


Oleh itu, tarikh PRU terbaik adalah pada tahun hadapan selepas bencara banjir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page