Bahas LKAN di Parlimen: Bukti akauntabiliti Kerajaan MADANI
- Suara Keadilan

- Jul 23
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kerajaan MADANI terus memperteguh agenda reformasi menerusi pembentangan dan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 di Dewan Rakyat minggu ini.
Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi menerusi satu kenyataan berkata, laporan tersebut yang menyentuh aspek integriti dan kecekapan pentadbiran awam telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 21 Julai selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Seterusnya ia laporan tersebut dijadual mula dibahasakan hari ini melibatkan wakil rakyat daripada pelbagai latar parti dan negeri.
"Jabatan Audit Negara turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang proses audit.
"Ia menjadi bukti komitmen kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berpaksikan rakyat, selari dengan prinsip utama reformasi institusi yang diperjuangkan sejak awal pentadbiran Kerajaan MADANI," kata Ketua Audit Negara.
Kenyataan itu turut memaklumkan, LKAN Siri 2/2025 melibatkan pengauditan ke atas lima program/aktiviti/projek di tujuh kementerian yang melibatkan nilai keseluruhan RM48.873 bilion.
Penemuan audit turut mengambil kira isu-isu legasi dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan semasa
"Angka tersebut bukan merujuk kepada kerugian atau ketirisan, sebaliknya merangkumi kos program yang diaudit — sekali gus menangkis dakwaan tidak berasas daripada pihak tertentu yang cuba manipulasi fakta bagi mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan," tambahnya.
Menerusi kenyataan tersebut, Wan Suraya menyeru orang ramai merujuk terus kepada laman sesawang rasmi Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my bagi mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan menyeluruh mengenai dapatan audit yang dibentangkan.









Comments