Bagi gaji minimum RM1,500 pun susah, rakyat perlu ubah kerajaan - Anwar



Pengundi Johor perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini memandangkan kerajaan BN tidak peduli dengan kesusahan rakyat bawahan.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan BN sangat sukar untuk menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 sedangkan syarikat syarikat besar di negara ini untung berbilion ringgit.


"Gaji minimum RM1,500 pun susah. Apa jawab PM, gaji minima saya dah tanya ketua ketua syarikat dan mereka tidak setuju. Syarikat untung berbilion. Tapi nak bagi gaji minimum wang tak ada?


"Pemimpin cakap bagi pihak siapa? Tauke atau rakyat? Balak setahun RM8 bilion apa yang rakyat dapat?


"Ini yang kita marah. Sebab apa nak sokong Haniff Hosman (calon DUN Benut) kerana dia wakili pandangan ini. Membela nasib rakyat bukan minta projek, tanah," katanya dalam majlis santai bersama rakyat di DUN Benut, malam tadi.


Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menggesa agar rakyat Johor memikirkan kehidupan mereka di dalam negeri yang antara termaju di Malaysia namun kehidupan rakyatnya tidak semaju mana.


"PRN ini untuk kita putuskan masa depan negeri. Negeri ini kaya tetapi kalau dilihat kedudukan rakyat tak banyak berubah. Yang berubah itu pimpinan, kekayaan mereka. Ada jurang luas antara kaya dan miskin. Bila merdeka sepatutnya jurang itu dikurangkan



"Tetapi jurang itu lebih melebar. Di Parlimen saya bangkit Pandora Papers. Apa dia? Pemimpin negara ini simpan wang ratusan juta di luar. Saya kata siasatlah, sampai sekarang tak siasat kerana tak berani. Oleh itu rakyat yang harus bangkit dan tentukan. Bukan harap pemimpin," katanya.


Anwar turut menolak pendapat popular mengatakan Benut kubu kebal Umno dan tiada apa yang boleh diusahakan untuk mengubah fikiran pengundi. Katanya, generasi muda perlu berubah fikiran.


"Ada kata tak boleh (berubah) kubu Umno tetapi Permatang Pauh dulu pun kubu Umno. Bukan baru dari 1999 sampai sekarang (milik KEADILAN). Sebab apa kubu Umno, saya ketua Umno di situ. Tetapi rakyat boleh fikir.


"Datuk Onn dulu pun keluar Umno, Melayu tak hilang. Kita harap ada perubahan terutama golongan muda. Tolong terang kepada rakyat bahawa rakyat perlu bangkit," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER