KEADILAN Kemaman baru baru ini bersama NGO menganjurkan program Back To School melibatkan golongan B40 dan memerlukan.
Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Amal Ikatan Setia Terengganu dengan kerjasama Wanita KEADILAN Cabang Kemaman.
"Program Back To School telah berlangsung dengan jayanya yang dilaksanakan di kawasan perniagaan Kemaman atau lebih dikenali sebagai yellow town di pusat bandar Chukai.
"Sejumlah pelajar sekolah diraikan dalam program ini di mana mereka diberi bantuan berupa barang-barang persekolahan yang dapat digunakan apabila penggal persekolahan dibuka nanti," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, Wanita KEADILAN Kemaman beserta kepimpinan KEADILAN Kemaman akan terus mengorak langkah melaksanakan program-program seperti itu bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk turut sama menikmati taraf hidup yang lebih berkualiti.
Comments