top of page

'Azmin tidak suka dengar pandangan, gagal tadbir MITI, perlu letak jawatan'


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali sewajarnya meletak jawatan sebagaimana kempen mendesaknya berbuat demikian yang digerakkan oleh warga maya.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, kempen #AzminLetakJawatan merupakan kemuncak ketidakpuasan hati rakyat terhadap sikap Azmin yang sambil lewa dan membenarkan sehingga lebih 100,000 syarikat beroperasi ketika lockdown dan kerajaan memaksan rakyat duduk di rumah.


Kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu, Azmin dilihat rakyat tidak berdaya mengemudi MITI sebaliknya sibuk mencatur politik sehingga mengabaikan tugas hakikinya.


Menyifatkan Azmin 'keras kepala', beliau berkata sudah tiba masanya bekas rakan politiknya itu melepaskan jawatan.


"Sudah tiba masa Azmin letak jawatan. Saya kenal dia lama dan tidak ada satu pun benda baharu yang keluar daripada dia sendiri. Semua yang dia buat adalah idea orang yang tiada keaslian, dia manusia yang amat sukar terima pandangan orang," katanya kepada Suara Keadilan


Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan di alam siber dimulakan kelmarin dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org yang mensasarkan untuk meraih 150,000 tandatangan.


Setakat berita ini dikemaskini, petisyen itu telah mengumpul 155,740 tandatangan warga maya.


"Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik," kata petisyen itu.


Azmin sebelum ini dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa total lockdown berlangsung.


Setakat pagi semalam, 128,150 daripada 586,308 pemohon telah diluluskan oleh Miti untuk beroperasi semasa 'total lockdown' kali ini.


Namun, Azmin dilaporkan berkata MITI mengambil maklum aduan beberapa pihak bahawa sistem permohonan syarikat beroperasi, CIMS 3.0 dibolosi sehingga banyak syarikat mendapat kelulusan walaupun berada dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.


Beliau juga beralasan, MITI bukanlah pihak tunggal yang memberikan kebenaran beroperasi dan terdapat pelbagai kementerian lain terbabit dalam saringan sektor industri yang mengemukakan permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 kendalian MITI.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page