top of page

Azmin silap langkah jadi ahli biasa Bersatu - Johari Abdul



Perancang pengkhianatan 'Langkah Sheraton', Azmin Ali, dianggap tersilap langkah apabila menyertai Bersatu sebagai ahli biasa pada 22 Ogos lalu.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Azmin yang memiliki reputasi sebagai bekas Timbalan Presiden KEADILAN akan dilihat lebih bijaksana jika menubuhkan parti baharu dan masuk ke dalam gabungan Muafakat Nasional (MN).


"Ini (masuk secara individu) satu tindakan yang susah. Sepatutnya dia tubuh parti baharu dan masuk dalam satu blok dengan Muafakat Nasional. Baru ada kedudukan yang sama-rata. (Dengan masuk Bersatu) dia juga kecilkan kedudukan ahli-ahli lain yang masuk dengan dia.


"Mereka (pengikut Azmin) tidak boleh kata bos kami Azmin, bos sekarang ialah Muhyiddin (Presiden Bersatu). Jadi Azmin macam mana? Kalau diberi jawatan dapatlah, kalau tak diberi jawatan maka tak dapat apa," katanya yang merupakan antara pemimpin pengasas KEADILAN pada 1999.


Menurut Johari lagi, dengan masuk ke dalam Bersatu tanpa menuntut keistimewaan, maka Azmin terpaksa bersaing dengan ahli-ahli biasa lain untuk mendapatkan jawatan. Sedangkan beliau dan rakan-rakan, kata Johari, mempunyai peluang lebih baik jika tidak menyertai Bersatu.


"Bila masuk dalam Bersatu dia reduce kedudukan dia . Dia jadi orang biasa dan terpaksa ambil queue kerana orang senior dah ada. Dia kena duduk di belakang.


"Dia tidak boleh kata kami dah masuk. Orang lama kata keahlian dia nombor 1000 dan Azmin yang baru kena ambil 1001. Kamu tak boleh nak nombor 3 atau nombor 4," kata Johari lagi.


Para pemerhati politik melihat kemasukan Azmin ke dalam Bersatu hanya akan menyukarkan lagi percaturan politik dalam MN yang bakal disertai parti itu. Terutama penerimaan ahli-ahli Umno terhadap bekas ahli KEADILAN yang merupakan musuh politik mereka sejak dua dekad lalu.


Di pihak Azmin, penyertaannya ke dalam Bersatu dilihat sebagai langkah terdesak untuk kekal bertahan di kerusi yang disandang sekiranya berlaku pilihan raya umum mengejut dalam masa terdekat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page