top of page

Azmin perlu dedahkan 95,142 syarikat dibenar beroperasi sepanjang PKP 3.0


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau lockdown dibuat bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 secara total dengan memaksa rakyat duduk di rumah.


Bagaimanapun, berbanding PKP 1.0 pada 2020 lalu yang berjaya mengurangkan kes jangkitan secara drastik, PKP 3.0 mungkin tidak mampu mengulangi pencapaian cemerlang sedemikian memandangkan sebanyak 95,142 buah syarikat dibenarkan beroperasi.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai, Faezuddin Puad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali perlu menjelaskan apakah sebab begitu banyak syarikat dan lebih 1.2 juta pekerja dibenarkan berjalan seperti biasa kali ini.


"Pengumuman MITI mengejutkan ramai orang kerana jumlah syarikat yang dibenarkan beroperasi jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan PKP 1.0 Mac tahun lalu.


"Disebabkan itu, menjadi satu keperluan kita mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendedahkan serta menyenaraikan nama-nama syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP total lockdown.


"Menteri MITI wajib buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa 95,142 syarikat yang mendapat kebenaran itu benar-benar termasuk dalam sektor perlu dan penting.


"Biar rakyat tengok dan menilai sejauh mana keikhlasan kerajaan melaksanakan total lockdown.


"Jika tidak, rakyat akan dihidangkan dengan pengumuman kemunculan kluster kilang atau kluster industri yang baharu setiap hari," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Faezuddin, rakyat telah teruk didera sejak PKP 1.0 dengan pelbagai Prosedur Standard Operasi yang berubah-ubah dan dikenakan denda membebankan sedangkan hasil kempen melawan Covid hampir tiada.


Malah jangkitan Covid 19 di sekitar 1,000 kes sebelum darurat berkuatkuasa sebaliknya melambung sehingga pernah mencatat 9,000 kes sehari.


Oleh itu, katanya, sangat wajar PKP 3.0 adalah penutup segala usaha perang melawan Covid dengan memutuskan rantaian jangkitan melalui proses vaksinasi ke atas rakyat.


"Oleh itu, rakyat berharap kerajaan melaksanakan total lockdown yang betul-betul ketat kali ini. Bukan PKP yang suku masak atau separuh masak. Bukan sekejap ketat, sekejap longgar. Bukan PKP yang sekadar dijenamakan semula. Biar adil, kalau tutup, tutup semua.


"Dalam keadaan kritikal begini, kerajaan wajib mendahulukan kebajikan dan kesihatan rakyat. Jangan sesekali tunduk kepada tauke-tauke syarikat besar. Jangan sampai pengorbanan rakyat Malaysia kali ini dibazirkan begitu sahaja," katanya lagi.


Faezuddin yang juga Penyelaras KEADILAN DUN Kempas menegaskan, sekiranya PKP 3.0 gagal menurunkan jangkitan secara drastik maka tidak mustahil sistem kesihatan awam negara yang 'kepenatan' akan runtuh manakala ekonomi dan pendidikan pula mungkin sukar dipulihkan pada masa hadapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page