top of page

Azhar, Rashid Hasnon elok ikut jejak Azalina letak jawatan - AMK


Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan berikutan rasa tidak puas hati terhadap pengendalian sesi Dewan Rakyat oleh para atasannya perlu dicontohi.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, tindakan Azalina itu harus dihormati kerana Parlimen sebelum ini telah gagal bertindak sebagai medan untuk memutuskan dasar yang lebih baik melawan pandemik Covid 19 berikutan terlalu tebal dibalut agenda politik pemerintah.


"Keputusan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat wajar dihormati.


"Beliau menyatakan beberapa sebab mengenai tindakan tersebut termasuklah mengatakan kurangnya perbincangan atau keputusan bersama, dan selaku Timbalan Speaker beliau telah tertakluk kepada apa-apa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


"Umum mengetahui bagaimana banyaknya keputusan dan perjalanan Parlimen di bawah Kerajaan Perikatan Nasional dilihat melemahkan proses demokrasi serta seperti tiada pemisah dengan arahan atau kuasa eksekutif," katanya.


Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru itu, institusi Parlimen perlu diperbaharui sesuai dengan terbentuknya kerajaan baharu dengan 'merehatkan' individu-individu yang merosakkan perjalanan institusi berkenaan sebelum ini.


"Sekiranya kita benar-benar serius untuk berhadapan krisis pandemik, krisis ekonomi dan krisis kepimpinan, Parlimen sepatutnya mengambil peluang untuk melakukan pembaharuan atau “fresh start” agar ianya menjadi institusi yang lebih adil dan inklusif, supaya

proses semak dan imbang dapat berlaku dengan lebih baik.


"Maka, AMK ingin menyarankan agar Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dan Datuk Rashid Hasnon mengambil iktibar serta mengikut jejak langkah Datuk Seri Azalina untuk meletakkan jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat secara sukarela," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

تعليقات


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page