top of page

Azam Baki mesti dilihat bersih, sedia disiasat suruhanjaya bebas - Wanita KEADILAN



Wanita KEADILAN memandang serius isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan penjelasannya yang tidak meyakinkan dalam sidang media kelmarin.


Menurut Exco Wanita KEADILAN Pusat, Napsiah Khamis, kontroversi membabitkan Pengarah SPRM berkenaan wajar ditanggani dengan sebaik baiknya bagi mengelakkan integriti suruhanjaya itu diragukan rakyat.


"Sebagai orang nombor satu di dalam SPRM , Azam Baki wajar dilihat sebagai seorang yang bersih , sepertimana kata-kata hikmah yang terkenal di seluruh dunia "caesar's wife must be above suspicion".


"Tentunya sebagai seorang yang menerajui agensi yang sangat penting di negara ini, Azam Baki tidak boleh sama sekali dilihat menuai sebarang kontroversi khususnya pelanggaran undang-undang yang sangat nyata.


"Azam Baki wajar mempunyai keberanian moral dan sikap bertabggungjawab dengan cara meletakkan jawatannya dengan berkuatkuasa serta merta, sehingga satu siasatan profesional yang telus dijalankan oleh badan khas yang berkecuali," katanya.


Napsiah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Johor menolak penjelasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang berpuas hati terhadap penjelasan Azam Baki bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pemilikan saham didakwa miliknya.


Kata Napsiah, LPPR tidak boleh membersihkan nama pegawai SPRM kerana perkara itu bukan dalam kuasa mereka.


"Adalah menjadi sesuatu yang lucu jika beliau hanya disucikan oleh satu pihak yang berkait rapat dan mempunyai kepentingan di dalam SPRM .


"Rakyat melihat, malah seluruh dunia memerhatikan bagaimana kes ini dikendalikan dan undang-undang negara ini didaulatkan," katanya lagi .


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page