top of page

Azam Baki, Abu Zahar, Bohan Dolah mesti bercuti bagi melancarkan siasatan - PH



Siasatan yang dilakukan ke atas skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hanya boleh berjalan lancar sekiranya Azam dan individu individu yang dilihat menyebelahi kes tersebut bercuti dari tugas masing masing.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, tanpa mereka bercuti maka mungkin hasil siasatan tidak akan diyakini rakyat dan seterusnya gagal memulihkan integriti SPRM.


"Majlis Presiden PH meneliti kenyataan media enam Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang telah menjauhkan diri mereka dari kenyataan Tan Sri Abu Zahar, Pengerusi LPPR yang cuba membersihkan nama Tan Sri Azam Baki


"Kenyataan media enam Ahli LPPR ini amat mengejutkan dan membuka mata seluruh negara kepada kepincangan yang berlaku dalam proses siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM.


"Jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh melakukan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan.


"Kenyataan enam Ahli LPPR ini menjadi bukti paling kukuh Pengerusi LPPR sudah tidak diyakini dan tidak dipercayai Ahli LPPR. Oleh itu, Abu Zahar perlu direhatkan sehingga selesai siasatan penuh terhadap Ketua Pesuruhjaya," kata mereka.


Tambah kenyataan itu, satu lagi individu penting dan harus direhatkan ialah Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Borhan Dolah yang didakwa tidak melakukan tindakan sewajarnya dalam kes Azam.


Borhan, kata mereka, enggan bertindak menyiasat Azam biarpun beliau didakwa berkemungkinan melakukan kesalahan undang-undang dengan membenarkan akaun saham digunakan oleh adiknya secara proksi berkaitan perdagangan berjuta-juta saham dan waran.


Selain itu, Majlis Presiden turut tidak bersetuju dengan tindakan tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Azam.


"Majlis Presiden memandang serius dan menegur kenyataan media tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terhadap Ketua Pesuruhjaya serta membuat tuduhan motif ‘dendam politik’.


"Tindakan janggal mereka secara terburu-terburu menyokong "bos" mereka menyerupai tingkahlaku ahli politik dalam

sebuah parti dan bukannya agensi terhormat seperti SPRM.


"Kalau begitu suatu siasatan yang dijalankan secara mendadak oleh SPRM ke atas Suruhanjaya Sekuriti (SC) taktala sedang menyiasat perdagangan saham secara proxy oleh Azam Baki, di mana ramai telahpun dihukum sebelum ini, boleh juga disifatkan sebagai tekanan untuk motif ‘dendam politik’.


"Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya, dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.


"Oleh itu, pegawai- pegawai kanan ini perlu membuat laporan polis dan biarkan pihak Polis Diraja Malaysia siasat secara terbuka kerana sememangnya SPRM tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, Majlis Presiden mengulangi pendirian agar satu sidang khas Parlimen diadakan segera untuk merunding dan membincangkan isu yang amat penting tersebut, sebaik baiknya sehari sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari ini.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page