top of page

Awas akaun facebook palsu AMK Selangor

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jun 20, 2020
1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor mengingatkan anggota parti agar berwaspada terhadap akaun palsu yang menggunakan nama “AMK Selangor - Rasmi”.


Menurut Pengarah Komunikasi, AMK Selangor Mohd Khairool Ngadon, akaun itu dimaklumi telah menyebarkan maklumat yang bertentangan dengan perjuangan KEADILAN.


"Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor mengambil maklum akan kewujudan halaman Facebook yang meggunakan “AMK Selangor - Rasmi”.


"Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor menafikan dakwaan ada kaitan dengan halaman Facebook tersebut dan tidak bertanggungjawab ke atas setiap entri yang dibuat. Laporan telah difailkan kepada pihak Facebook bagi menyekat laman tersebut," kata Khairool dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, AMK menjelaskan anggota perlu melayari akaun pergerakan itu di Facebook : Angkatan Muda Keadilan Selangor dan Twitter : @amkselangor bagi mendapatkan maklumat rasmi.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page