Rakaman audio mesyuarat terakhir Pakatan Harapan (PH) ketika masih dalam kerajaan yang tersebar beberapa hari lalu disahkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tulen. Namun, menurut Anwar, rakaman itu hanya menunjukkan sikap beberapa pemimpin KEADILAN dan Bersatu yang khianat cuba mencetuskan pertelagahan antara partinya, Amanah dan DAP menentang Bersatu. Oleh itu, kata Anwar lagi, beliau cuba meredakan ketegangan dengan keputusan menerima sahaja sama ada jawatan perdana menteri diserahkan kepadanya selepas sidang APEC atau pada tarikh hampir pilihan raya umum ke 15. "Beberapa orang Bersatu dan pengkhianat KEADILAN merancang membuat gesaan keras jangan dibangkitkan mengenai peralihan kuasa, hal itu telah berlalu. Namun teman dari Amanah dan DAP timbulkan kritikan. "Saya ambil keputusan, lepas APEC pun tak apa. Tak mahu tetapkan tarikh pun tak apa. Tun Mahathir sambut, ikut saya sampai sehari sebelum pilihan raya pun boleh. Hal itu dia (Tun) ulang dalam sidang media (selepas mesyuarat). "Saya disergah oleh teman-teman. Kita sudah putus lepas APEC kenapa you pilih lepaskan begitu saja kepada Mahathir? "Saya kata, kalau saya buat kenyataan tegas ia akan mencetuskan pertelagahan. Saya nak elak beri alasan kepada golongan pengkhianat dan gunakannya sebagai alasan untuk keluar (PH). "Tetapi namanya pengkhianat, kita buat cara baik macam mana pun mereka khianat juga (tinggalkan PH)," kata Anwar dalam siaran langsung Facebook rasmi beliau tengah hari tadi. Menurutnya lagi, pihak KEADILAN, DAP dan Amanah tidak pernah mempertikaikan kedudukan Mahathir sebagai PM. Malah tarikh serahan kuasa juga dipinda berkali-kali dan dipersetujui oleh komponen PH bagi menjamin kestabilan kerajaan. "Yang dibangkitkan (dalam mesyuarat) itu soal kedudukan Mahathir sebagai PM. Tak ada yang pertikai seperti dalam perjanjian sebelum pilihan raya. Disebut mulanya setahun, kemudian dua tahun, kemudian lepas APEC, semua disetujui. "Itu pun tidak memuaskan hati golongan ini (pengkhianat)," sinis Anwar. Bagi Anwar, selepas Langkah Sheraton, rakyat melihat kerangka besar pengkhianat bukanlah mahu menyelamatkan Tun Mahathir sebagaimana alasan mereka sebelumnya, tetapi untuk khianat kepada seluruh perjanjian PH dan membentuk kerajaan baharu yang tidak menyanjung nilai-nilai Reformasi.
top of page
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 8,075 | 76 | 15,456 |
Total | 2,285,640 | 26,759 | 2,116,021 |
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 393,631 | 6,015 | 582,401 |
Total | 236,060,214 | 4,821,346 | 211,396,635 |
Sumber dari WHO (World Health Organization)
bottom of page
Comments