top of page

Asing fungsi AG, Pendakwa Raya: Reformasi pentadbiran MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Helmi Foad


Keputusan kerajaan mahu membentangkan Rang Undang-Undang pengasingan fungsi Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya serta menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal mencerminkan iltizam politik yang mampu memulihkan keyakinan rakyat.


Timbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata pengumuman itu merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh reformasi institusi negara yang telah lama dituntut masyarakat di negara ini.


"Ia mencerminkan iltizam politik Kerajaan Perpaduan untuk memperkukuh tadbir urus berlandaskan prinsip keadilan, ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan reformasi institusi melibatkan pengasihan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan mengehadkan tempoh jawatan PM kepada maksimum dua penggal ketika berucap di hadapan kakitangan awam di Putrajaya.


Mujahid berkata pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya menjadi asas kepada kebebasan sistem keadilan.


"Dalam kerangka Politik Rahmah, langkah ini penting bagi mengelakkan konflik kepentingan, menjamin kebebasan pendakwaan serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap pengendalian kes-kes berprofil tinggi secara adil dan telus," ujarnya.


Mengenai had tempoh jawatan Perdana Menteri pula, beliau menegaskan kuasa adalah amanah yang bersifat sementara, bukan hak mutlak.


Jelasnya langkah itu memperkukuh tadbir urus yang sihat, membuka ruang pembaharuan kepimpinan dan memastikan kesinambungan pentadbiran negara yang progresif.


"AMANAH berpandangan reformasi institusi ini wajar disambut dan didukung oleh semua pihak tanpa mengira perbezaan politik kerana ia adalah kepentingan nasional.


"Kerajaan sedang melangkah ke hadapan untuk membina Malaysia yang lebih adil, berintegriti dan berperikemanusiaan, selari dengan aspirasi rakyat dan tuntutan zaman," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page