top of page

ASEAN: Malaysia sedia bantu percepat keanggotaan Timor-Leste

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 10, 2024
  • 1 min read

ree

Malaysia sedia membantu mempercepat keanggotaan negara baharu Timor-Leste ke dalam ASEAN.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmão.


"Di sela-sela jadual Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 yang padat di Lao PDR, saya mengambil kesempatan bertemu delegasi Timor-Leste yang diketuai Perdana Menteri Xanana Gusmão.


"Pertemuan singkat namun cukup bermakna ini membuka ruang untuk memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara serta bertukar pandangan dalam pelbagai perkara, termasuk permohonan keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN.


"Insya-Allah, Malaysia sedia membantu mempercepatkan permohonan Timor-Leste ini, khususnya sewaktu Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan," katanya.


Dalam pertemuan itu juga Anwar menjemput PM Gusmão untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dalam tempoh terdekat.


*Kredit foto: Amir Haziq/PMO

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page