top of page

Asas kekeluargaan kukuh kunci bendung krisis nilai - Rozy Razid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 16
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pembentukan sahsiah anak bangsa tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada institusi sekolah semata-mata, sebaliknya nilai dan adab perlu dipupuk sejak kecil di rumah.


Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN, Noraziah Mohd Razit (gambar) menegaskan, golongan ibu bapa, keluarga dan komuniti adalah tiang seri yang menentukan hala tuju generasi muda, sekaligus menjadi tonggak utama dalam pembinaan sahsiah bangsa.


"Meja makan keluarga sering menjadi kelas pertama tempat anak-anak belajar erti kasih sayang, hormat dan empati — jauh sebelum mereka mengenal papan putih dan meja sekolah.


"Guru mendidik ilmu, tetapi rumah membentuk jiwa. Sekolah membimbing tangan, tetapi keluarga menyentuh hati," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Noraziah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pasir Gudang menambah, isu sosial yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar hari ini bukan semata-mata masalah di sekolah, tetapi berpunca daripada krisis nilai yang semakin longgar dalam masyarakat.


Justeru bagi menanganinya, masyarakat perlu berani mengakui ia berpunca dari krisis nilai yang semakin longgar.


"Masyarakat tidak boleh terlalu cepat menyalahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setiap kali timbul isu melibatkan pelajar. Kementerian tidak gagal — mereka terus berusaha memperbaiki sistem, melindungi pelajar dan menyeimbangkan antara akademik serta nilai kemanusiaan.


"Apa yang kita perlukan kini ialah sinergi antara keluarga, komuniti dan kementerian dalam membina keluarga yang beradab, berempati dan saling memahami.


"Dalam hal ini, peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak boleh dipinggirkan. Nilai kekeluargaan mesti diperkuat dari akarnya," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page