top of page

'AS tolak rawat rakyat Palestin, kekejaman di luar kewarasan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Arahan zalim terbaharu yang menghentikan visa sementara ke Amerika Syarikat (AS) bagi rawatan perubatan rakyat Palestin yang cedera, diibaratkan satu lagi paku di keranda penderitaan panjang rakyat Gaza.


Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (gambar) yang mengecam tindakan itu, menjelaskan bahawa dunia sudah lama mengetahui bahawa kebanyakan fasiliti perubatan di Gaza telah dimusnahkan dan ramai petugas perubatan telah terbunuh akibat serangan berterusan Israel.


Katanya, banyak badan kebajikan dan hak asasi manusia di AS dan dunia telah membantah larangan visa sementara terhadap rakyat Palestin yang cedera parah itu.


''Bukan sahaja hospital di Gaza telah dimusnahkan, makanan dan air dinafikan, tetapi bekalan perubatan dan bantuan turut disekat daripada memasuki Gaza.


''Malah kebuluran besar-besaran dan kekurangan zat makanan menimpa majoriti rakyat Palestin dan dunia luar gagal membantu mencegah kematian yang sepatutnya boleh dielakkan.


''AS yang merupakan pembekal senjata utama dan penyokong kewangan Israel, adalah satu-satunya negara yang mampu menghentikan Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan kebuluran besar-besaran dengan cara menafikan makanan dan bantuan perubatan ke Gaza,'' katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Raja Kamarul lagi, program bantuan makanan kemanusiaan terbaharu oleh Israel dan AS hanya perangkap maut yang bersifat kejam.


Katanya, dunia telah kehabisan kata-kata untuk menggambarkan kengerian dan penderitaan rakyat di Gaza.

''Kita juga telah kehabisan perkataan untuk melukiskan ketidakpedulian serta kekejaman luar biasa negara-negara Barat yang berkuasa dan AS dalam membiarkan pedagang maut meneruskan pembantaian serta genosid di Gaza.


''Generasi masa depan dunia akan membesar dengan mempelajari bahawa 'kuasa adalah kebenaran' dan golongan lemah serta miskin tidak berhak mendapat keadilan selagi spesis ahli politik dan pemimpin dunia yang ada sekarang terus menduduki kerusi kuasa.


''Pemimpin Barat yang berkuasa dan jiran Arab Palestin yang amat kaya perlu melakukan muhasabah jiwa yang mendalam sekiranya mereka sanggup untuk berhenti seketika berbuat demikian,'' katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page