top of page

AS nafi cuba tentukan kepimpinan politik Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 57 minutes ago
  • 1 min read
Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur
Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur

Amerika Syarikat (AS) menafikan pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia.


Penafian itu dibuat oleh Kuasa Usaha Sementara AS, David H. Gamble Jr., susulan dakwaan dilakukan pemimpin tertinggi Pas yang mengaitkan Washington dengan usaha mempengaruhi kepimpinan politik negara.


"Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia," katanya dalam kenyataan dimuat naik di akaun Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur.


Beliau turut menegaskan sebarang laporan atau dakwaan sebelum ini adalah palsu.


"Sebarang dakwaan yang bertentangan dengan perkara itu adalah tidak benar," katanya.


Penafian berkenaan susulan Presiden Pas, Hj Hadi Awang mendakwa parti itu pernah ditawarkan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan.


Katanya, perkara itu berlaku ketika lawatan bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia pada 2014, apabila beberapa pemimpin Pas dijemput bertemu di Kedutaan AS.


Beliau berkata, Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan setiausaha politiknya ketika itu pergi ke kedutaan berkenaan bagi mengadakan pertemuan.


"Saya nak cerita, masa Obama datang melawat ke Malaysia, masa itu kita masih lagi dalam gabungan, parti-parti, kita diajak berjumpa di Kedutaan Amerika.


"Kita atur Takiyuddin dengan Samsuri, setiausaha politik saya masa itu. Dia (pihak AS) nak ajak bincang, sanggup nak jatuh kerajaan, nak ambil alih, kerajaan Amerika sanggup tolong," katanya dipetik laporan FMT semasa ucapan penggulungan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), semalam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page