top of page

Arak, zina, judi kekal dalam Enakmen Syariah Kelantan, pempengaruh Pas dibidas



Oleh: Helmi Mohd Foad


Percubaan pempengaruh Pas memanipulasikan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid pada Jumaat lalu dibidas oleh seorang ahli akademik.


Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata tindakan pempengaruh wanita tersebut menyatakan terdapat perbezaan tiga kesalahan dalam undang-undang syariah dan sivil telah diulas dalam konteks yang salah.


Kata beliau semua pihak bersepakat bahawa berjudi, meminum arak dan berzina merupakan kesalahan di sisi hukum syarak namun dalam petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid peruntukan berkaitan ketiga-tiga kesalahan tersebut tidak disentuh.


"Tiga kesalahan judi, arak dan zina masih di dalam Kanun Jenayah Syariah 1 (2019) Kelantan. Tiga kesalahan itu yang dibandingkan antara syariah dan sivil itu masih ada dan tidak terbatal, ia sama sekali tidak dicabar.


"Maka tidak muncul ketakutan yang cuba dibawa (pempengaruh tersebut) kerana ia masih wujud," ujarya dalam hantaran di Tiktok.


Terdahulu dalam Tiktok, pempengaruh tersebut dilihat cuba menyakinkan kepada orang ramai keputusan Mahkamah Persekutuan bakal menjejaskan penguatkuasaan terhadap kesalahan syariah seperti minum arak, judi dan zina memandangkan penafsirannya berbeza dari segi undang-undang sivil.

Pempengaruh Pas dibidas Dr Abu Hafiz

Abu Hafiz menegaskan, penyokong Pas perlu membaca apakah fakta kes yang dibawa dalam penghakiman oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.


"Ketua Hakim Negara dalam ringkasan penghakiman (menyebut) 16 seksyen dibawa untuk diberikan keputusan," katanya.


Sedangkan ujar beliau, Seksyen 35 dalam enakmen negeri itu membabitkan kesalahan meminum arak, Seksyen 37 (judi) dan Seksyen 46 (zina) tetap kekal tidak dicabar.


"Ini kesalahan yang tidak disentuh, mengapa angkat perkara tersebut dan persoalkan dari segi syariah dan sivil.


"Sebab itu, saya jadi pelik mengapa tiga kesalahan itu dipilih untuk diangkat, dengan adanya 16 (seksyen) dibatal, saudari tetap memetik tiga kesalahan yang telah sedia ada, tidak dibatal dan dicabar di Mahkamah Persekutuan," ujarnya.


Abu Hafiz berkata pempengaruh tersebut dilihat cuba menggambarkan penguatkuasaan undang-undang syariah terhadap tiga kesalahan tersebut diganggu-gugat sedangkan ia tidak muncul dalam petisyen dan penghakiman.


"Dia sebut hukum syarak itu betul dalam fiqh jenayah tapi apa yang dibawa dalam petisyen itu adalah dalam kerangka perundangan dalam ruang kuasa Perlembagaan dan ada peranan Ahli Parlimen yang perlu buat," ujarnya.


Namun Abu Hafiz mempersoalkan apakah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pas selama 33 bulan mereka berada dalam kerajaan sebelum ini.


"Petisyen dimulakan pada Mei 2022, Pas masih dalam kerajaan kenapa tidak berlaku (sebarang pindaan Perlembagaan).


"Namun komitmen kerajaan ini (sekarang) ada seperti mana oleh dikatakan oleh menteri agama melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Menggubal Undang-Undang Syariah di bawah MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page