Arak Timah: Henti serangan peribadi kepada Rusnah, bahas secara sihat



Kontroversi minum arak jenama Timah 'seolah-olah meminum wanita Melayu' yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai tidak wajar dipanaskan sehingga menjadi serangan peribadi ke atas beliau.


Ketua Cabang Alor Gajah, Ginie Lim berkata, perbahasan oleh Rusnah tersebut walaupun agak mengelirukan namun ianya dibangkitkan dalam konteks bahas di Dewan Rakyat dan tidak perlu disalah tafsirkan.


"Kenyataan Ahli Parlimen Tangga Batu berkenaan dengan penggunaan nama Timah pada arak telah mencetuskan kekeliruan dan mengundang pelbagai reaksi negatif termasuk kata-kata kesat yang bersifat serangan peribadi.


"Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai telah membangkitkan isu ini dalam konteks perbahasan di atas kapasiti seorang wakil rakyat yang prihatin tentang isu wanita.


"Walaupun saya tidak semestinya bersetuju dengan pandangan beliau, saya percaya dalam masyarakat majmuk harus ada ruang pembahasan yang berbeda pendapat," katanya.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu, KEADILAN menerima kritikan berasaskan fakta dan semua pihak sepatutnya bersedia memahami satu sama lain.


Namun, katanya serangan peribadi terhadap Rusnah Aluai dengan cara yang kurang bersopan dan kata-kata kesat bukanlah budaya yang sihat.


"KEADILAN parti merangkumi pelbagai pandangan politik. Bantahan terhadap pendirian wakil rakyat kami boleh disalurkan dengan cara konstruktif dan sekiranya ada kesilapan, kami terbuka untuk melakukan pembetulan. Adalah digesa agar hentikan serangan peribadi dan sensasi terhadap Ahli Parlimen Tangga Batu.


"Masyarakat umum sewajarnya mengambil pendekatan untuk berbahas secara sihat dan matang mengenai perkara ini bagi memperbetulkan persepsi supaya tidak berlaku polarisasi pendapat yang akan memecahbelahkan masyarakat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER