top of page

Apung harga minyak: 'Sangkal laporan media asing, hati hati polisi subsidi'



Laporan media asing menyatakan kerajaan Malaysia telah mula menghapus subsidi bahan api petrol dan diesel mulai Mei ini tidak tepat dan semberono.


Penafian segera oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dialu alukan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.


Menurut Hassan, penafian pantas itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang salah tanggapan rakyat terhadap kerajaan dan polisi subsidi bersasar yang bakal diperkenalkan.


"Saya memuji Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini kerana cepat dan pantas menyangkal laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel," kata Hassan dalam kenyataan.


Namun begitu, kata beliau, polisi kerajaan untuk menyasarkan subsidi sebagaimana dirancang perlu dilakukan secara amat berhati hati agar tidak menimbulkan salah tanggapan dan kehilangan sokongan rakyat.


Katanya, sebarang polisi mengenai pengapungan harga petrol dan diesel perlu dihitung pengalaman lalu pada era pentadbiran BN terutama ketika Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel yang menyebabkan sokongan ke atas kerajaan merudum pada Pilihan Raya Umum 2008.


"Abdullah Badawi masuk pilihan raya umum tahun 2004, kali pertama sebagai Perdana Menteri. Dalam PRU tahun 2004 itu BN menang besar.


"Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri yang amat popular. Kerajaan BN berkuasa dengan majoriti di Parlimen melebihi dua pertiga.


"Manakala Parti Keadilan Rakyat hampir pupus dalam PRU tersebut kerana menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh dengan majoriti 504 undi oleh Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail.


"Tetapi apa kesilapan kerajaan Abdullah Badawi lakukan empat tahun kemudian sebelum PRU tahun 2008?


"Kerajaan telah apungkan harga minyak petrol dan diesel mengikut harga pasaran. Apa jadi dalam PRU tahun 2008 itu?


"BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen. BN tumbang di 5 negeri secara serentak iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Perak," katanya.


Jelas Hassan, beliau sedar niat baik kerajaan dalam polisi subsidi bersasar. Alasan kerajaan mahu mengurangkan subsidi petrol dan diesel logik, berasas dan mempunyai merit namun risikonya juga besar.


Oleh itu, kerajaan kata beliau, perlu memastikan penarikan subsidi petrol dan diesel tidak akan menyebabkan rakyat menarik balik sokongan seperti dialami oleh PM Abdullah Badawi lebih sedekad lalu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page