top of page

Aplikasi kesihatan mental Helpie bakal diperluas di sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 2
  • 1 min read

Fadhlina meraikan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) merangkul World’s Best School Prizes 2025 bersama murid dan guru di sekolah berkenaan semalam
Fadhlina meraikan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) merangkul World’s Best School Prizes 2025 bersama murid dan guru di sekolah berkenaan semalam

Kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) merangkul World’s Best School Prizes 2025 bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat menjadi penanda aras baharu pendidikan negara.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperluas penggunaan aplikasi kesihatan mental Helpie, inovasi yang dibangunkan sekolah tersebut, ke seluruh negara.


"Aplikasi mudah alih Helpie punya impak signifikan kerana hadir pada saat negara memberi tumpuan terhadap isu kesihatan mental.


"Kejayaan ini tidak seharusnya terhenti di sekolah ini sahaja. KPM akan meneliti potensi pengembangan aplikasi Helpie ke sekolah-sekolah lain, memberi sokongan berterusan kepada guru besar dan guru, serta menjadikan sekolah ini sebagai rujukan kepada institusi lain," katanya dipetik.


Helpie dibangunkan pada 2023 sebagai platform sokongan kesihatan mental murid, membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan kesedaran emosi, dan membina keberanian untuk berkongsi masalah.


Fadhlina sementara itu turut menzahirkan rasa syukur atas kemenangan bersejarah yang julung kali menyaksikan sekolah Malaysia dinobatkan sebagai juara dunia.


Beliau menegaskan kejayaan itu bukti pendidikan negara mampu melahirkan inovasi bertaraf dunia dan berharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak sekolah mengecap kejayaan sama.

"Kejayaan ini mengangkat Malaysia ke pentas global, bukti pendidikan negara mampu melahirkan inovasi bertaraf dunia. Setinggi-tinggi tahniah buat warga SK Putrajaya Presint 11(1) yang telah memberikan yang terbaik dalam membina ekosistem pendidikan cemerlang," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page