Apakah ladang sawit, getah dikira hutan?



Sasaran Malaysia untuk meletakkan litupan hijau sebanyak 50% dianggap strategi yang baik namun tidak jelas apakah litupan hijau tersebut adalah hutan atau ladang.


Ahli Parlimen Dr Lee Boon Chye (PH - Gopeng) bertanya adakah ladang juga diambil kira sebagai kawasan hutan pada sesi perbahasan Dewan Rakyat sebelah petang.


"Saya dengar langkah langkah yang diambil untuk melindungi hutan. Cuma jawapan tidak jelas kepada apa yang dibangkitkan. Jika kawasan perhutanan kurang apakah jawapan sebenarnya?


"Sama ada kawasan hutan meningkat atau tidak. Kita tidak boleh guna ladang kelapa sawit atau getah dan sebagainya (ditakrifkan) kawasan hutan sebab ladang tersebut adalah (kegunaan) pertanian


"Bukan setakat hutan hijau tetapi lebih kepada liputan hutan. Bukan litupan hijau tetapi (memastikan) bio-diversiti terpelihara. Apakah jawapan sebenarnya? Berapakah peratusan kawasan hutan, telah bertambah atau turun," katanya.


Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyudin Hassan menjawab sasaran litupan hijau yang merujuk kepada hutan disasarkan untuk mencapai 50% menjelang 2040.


"Bagi data yang dikeluarkan untuk kawasan berhutan hingga 2018, kawasan sedia ada sebanyak 43%. Itu keluasan. Kita ada sasaran untuk capai 50% pada 2040," katanya.


Hutan dalam kadar 50% adalah mengikut standard antarabangsa bagi mengelakkan lebih banyak bencana alam khususnya banjir daripada kerap terjadi apabila lantai hutan dibersihkan untuk tujuan perladangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER