Apa gunanya ada darurat jika kerajaan tidak mampu kawal bank?


Naib Ketua AMK, Thiban Subbramaniam menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz harus meletakkan jawatan dengan segera berhubung kenyataan terbarunya mengenai moratorium.


Beliau berkata, kenyataan Tengku Zafrul yang mendakwa kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk memaksa bank menawarkan moratorium automatik kepada para peminjam membuktikan bahawa kerajaan gagal sekali lagi untuk menjaga kebajikan rakyat walaupun proklamasi darurat dibuat.


"Ini bukan kali pertama kerajaan Muhyiddin Yassin membuat PKP ataupun "Total Lockdown". Semasa PKP 1.0 bulan Mac 2020 kerajaan telah memberikan moratorium pinjaman menyeluruh kepada orang ramai. Masa itu kerajaan mampu laksanakan moratorium menyeluruh tanpa ordinan darurat.


"Semasa PKP 1.0 Tengku Zafrul telah beria-ia "claim credit" tanpa segan silu untuk moratorium yang diumumkan namun kini beliau seakan mencuci tangan dan memaksa rakyat untuk terus sengsara.


"Ianya diketahui umum bahawa Ordinan Darurat telah digunakan untuk gantung Parlimen, penggunaan dana kerajaan tanpa melalui Parlimen, membuat pindaan kompaun maksima langgar SOP sesuka hati, pinda Akta KWAN untuk menggunakan Dana Tabung KWAN sesuka hati namun kerajaan tidak mampu kawal bank yang terus mencatat keuntungan berbilion ringgit.


"Kenyataan Tengku Zafrul mendakwa bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk memaksa bank memberikan moratorium menyeluruh membuktikan bahawa Proklamasi Darurat yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional gagal sekaligus. Apa gunanya ada darurat jika kerajaan tidak mampu kawal bank? Apakah kerajaan hari ini dikawal oleh bank?


"Kalau kita melihat laporan kewangan hampir semua bank merekodkan keuntungan yang tinggi manakala ramai pengusaha kecil dan sederhana gulung tikar kerana tidak mampu menguruskan perbelanjaan dan hutang," katanya.


Thiban juga mempersoalkan bantuan Pemerkasa Plus yang diumumkan oleh Muhyiddin yang menunjukkan golongan M40 tidak mendapat bantuan kali ini.


"Manakala bantuan yang diberikan kepada golongan B40 pula sangat sedikit. Apa yang akan diperkasa sebenarnya jika kerajaan terus gagal untuk meningkatkan ekonomi rakyat?


"Sebenarnya golongan M40 ini yang perlukan moratorium automatik tanpa faedah sekurang kurangnya selama tiga bulan.


"Tindakan kerajaan memberikan moratorium hanya kepada mereka yang hilang kerja dan pengurangan pembayaran kepada mereka mereka yang hilang pendapatan adalah satu tindakan yang tidak masuk akal. Ini bukan agenda pemerkasaan malah ianya hanya akan mengakibatkan lebih ramai dari golongan M40 masuk golongan B40," katanya.


Pada masa sama, Thiban berkata kerajaan mesti menonjolkan ketegasan terhadap isu moratorium pinjaman menyeluruh tanpa faedah untuk semua.


"Tindakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan kerajaan Muhyiddin Yasin yang cuba berdolak dalik dalam isu moratorium ini adalah sangat mengecewakan dan membuktikan kelemahan kepimpinan yang ada pada hari ini.


"Justeru, saya menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz segera meletakkan jawatan. Rakyat seharusnya tidak dibebankan kerana kegagalan menteri. Beliau boleh kembali kepada posisi asal beliau selaku banker dan bantu bank buat keuntungan.


"Saya turut menggesa bank-bank untuk mengambil langkah proaktif dalam isu moratorium ini dan mengumumkan moratorium menyeluruh (automatik) tanpa faedah kepada peminjam B40 dan M40 tanpa menunggu arahan kerajaan. Ini akan meningkatkan kredibiliti bank dikalangan peminjam dan rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER