top of page

Anwar, Wan Azizah ucap Selamat Tahun Baru Cina


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina yang menyambutnya.


Anwar dalam perutusannya menyifatkan Tahun Lembu mempunyai maknanya yang tersendiri dan mendalam.


"Mengikut tradisi astrologi Cina, tahun ini adalah Tahun Lembu yang membawa maksud bertanggungjawab, disiplin serta bersifat melindungi.


"Ketiga-tiga sifat ini tampaknya amat cocok dengan perjuangan kita di masa sekarang yang amat memerlukan sifat-sifat ini dalam memerangi wabak Covid-19 yang saat ini masih mengancam dan menyerang hidup warga.


"Setelah Tahun Tikus pada tahun lepas yang berlalu tidak seperti yang kita semua harapkan, saya menggesa semua termasuk diri saya untuk menginsafinya dan bersama berikhtiar dan berusaha membendung wabak ini," katanya.


Justeru, Anwar berkata ketiga-tiga sifat itu mesti tersemat di sanubari.


"Ini dalam upaya memungkinkan sebuah negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah, serta yang menolak kebobrokan dan kebejatan meski di saat wabak menyerang.


"Semangat kita tidak harus goyah dan luntur, malah harus diperkuat. Mewakili KEADILAN dan keluarga, saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2021 kepada seluruh masyarakat Cina," katanya.


Anwar dan Wan Azizah turut bersama-sama memberikan mesej melalui video kepada seluruh masyarakat Cina.


"Selamat Tahun Baru Cina, Tahun Ox memang kuat walaupun kita perlu hadapi norma baru, tapi harapannya kita dapat menghadapi tahun baru yang lebih baik untuk semua," kata Wan Azizah.


Anwar juga berharap Tahun Baharu Cina 2021 dapat terus memberikan kekuatan sepanjang tahun ini.


"Mudah-mudahan tahun ini bagi harapan baru, bawa perubahan, dapat sambut walaupun dalam keadaan sederhana dan ada sekatan tapi semangat perayaan untuk disambut bersama dengan semua kaum harus menjadi kenyataan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page