top of page

Anwar utus surat sokong KPN Hamid Bador banteras elemen jenayah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 24, 2021
  • 1 min read


Kontroversi yang menyelubungi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan wujudnya kartel yang cuba menjatuhkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mengemparkan negara.


Untuk itu, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong penuh sebarang usaha Hamid menegakkan keadilan dan membanteras jenayah hingga ke akar umbi di Malaysia.


"Mutakhir ini berita mengenai KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador dan pasukan PDRM mendapat perhatian umum.


"Sehubungan itu, saya telah mengutus surat bagi menyatakan dukungan saya kepada beliau dalam usaha membanteras sebarang elemen jenayah di negara ini," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Justeru, Presiden KEADILAN itu menekankan perlunya pasukan PDRM yang berintegriti, bebas dan berwibawa serta tidak cuba menghakis nilai-nilai murni bagi menjamin keselamatan rakyat.


"PDRM adalah pasukan yang amat penting dalam mana-mana sistem masyarakat dan penanda aras keamanan dan kestabilan negara. Oleh itu, saya amat bersetuju dengan penegasan yang dibuat beliau terkait integriti, kebebasan, kewibawaan dan keupayaan pasukan polis.


"Saya mendoakan agar beliau dapat melaksanakan amanah dan menempuhi cabaran getir saat ini dengan baik," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page