top of page

Anwar umum biasiswa perubatan, pergigian, farmasi diteruskan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 12, 2023
  • 1 min read


Program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut telah dibincangkan pada perjumpaan khas bersama JPA baru-baru ini dan beliau dimaklumkan bahawa keputusan untuk menghentikan biasiswa itu ialah “dasar lama”.


"Saya telah minta untuk dikaji semula berdasarkan unjuran kita, dan keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi.


"Jadi maknanya program biasiswa JPA untuk sektor ini akan diteruskan," katanya menjawab pertanyaan dalam Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada Ahad.


Media sebelum ini melaporkan, tajaan JPA dalam tiga bidang pengajian itu dihentikan berikutan bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan bahawa pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.


Bagaimanapun semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas merasmikan Majlis Kajian Global Adults Tobacco Survey (GATS) di Port Dickson memaklumkan kajian itu perlu diteliti semula memandangkan mungkin ada perkara baharu dan mungkin diwujudkan polisi baharu.


Dr Zaliha juga menjelaskan kementerian bimbang jika program biasiswa itu dihentikan akan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkenaan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page