Anwar turut beri sumbangan kepada mangsa banjir di Johor



Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di Johor.


Ini susulan daripada pertemuan kepimpinan KEADILAN Johor bersama Presiden KEADILAN di Petaling Jaya semalam.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata usaha parti untuk memberikan bantuan terhadap mangsa banjir turut menjadi keprihatinan Anwar.


"Kami berkongsi dengan Presiden mengenai perkembangan terkini di Johor serta status gerak kerja akar umbi.


"Alhamdulillah usaha bantuan banjir yang digerakkan turut mendapat perhatian dan DSAI sendiri tidak terlepas untuk menghulurkan sumbangan," katanya.


Pada masa sama, Akmal selaku Ahli Parlimen Johor Bahru menganggap keprihatinan KEADILAN terhadap penduduk di negeri itu menjadi antara faktor utama parti itu mendapat sokongan kuat daripada pengundi.


"Sebagai sebuah parti berbilang kaum dan berprinsip, KEADILAN mempunyai ruang yang amat baik di Johor.


"Sebagai contoh, KEADILAN berjaya memenangi 7 dari 8 kerusi Parlimen di Johor pada pilihan raya yang lepas.


"Apa yang penting KEADILAN Johor wajar mengekalkan khidmat masyarakat dengan secara konsisten dan penuh amanah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio