top of page

Anwar tak rasai kemiskinan, siapa bantu pesawah Kedah? - Hassan



Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mempertahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dari serangan terbaharu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Merujuk tindakan Sanusi yang meremehkan komitmen Anwar untuk membasmi miskin tegar di Malaysia dengan membangkitkan latar belakangnya sebagai anak Ahli Parlimen dan menerima pendidikan di MCKK, Hassan menegaskan seseorang pemimpin tidak perlu ada pengalaman kemiskinan bagi memahami masalah itu sekaligus membantu rakyat.


Hassan memberikan beberapa contoh pemimpin yang telah berusaha membantu golongan miskin walaupun tidak mengalami masalah itu sendiri.


Antaranya Perdana Menteri kedua Abdul Razak Hussein yang mendapat gelaran Bapa Pembangunan ekoran dasar-dasar di bawah pentadbirannya yang membantu golongan berpendapatan rendah.


"Adakah Sanusi tahu Allahyarham Tun Abdul Razak juga pernah belajar di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar)?


"Tun Abdul Razak bukan anak orang miskin (tetapi) anak bangsawan dari Pahang. Lihat apa yang dia telah buat tentang memperjuangkan nasib orang miskin?


"Siapakah Perdana Menteri yang membuka beribu-ribu hektar tanah di seluruh negara di bawah rancangan Felda untuk diberikan kepada orang Melayu miskin? Jawapannya ialah Tun Abdul Razak yang bersekolah di MCKK dan bukan dari keluarga miskin," katanya.


Mengulas lanjut, Hassan membangkitkan langkah yang diambil Anwar untuk membantu pesawah sebaik saja dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lalu.

Atas gesaan Anwar, hartawan yang juga pemilik Padiberas Nasional Bhd (Bernas) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kemudian memperuntukkan RM60 juta untuk pembayaran kepada pesawah.


"Sanusi, sebagai Menteri Besar Kedah, tentu maklum bahawa ramai pesawah di Kedah.


"Adakah Sanusi lupa antara tindakan awal Anwar sebagai Perdana Menteri adalah berbincang dengan Syed Mokhtar untuk memulangkan sebahagian keuntungannya untuk membantu pesawah miskin?" soal Hassan lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page