top of page

Anwar seru Trump terus perjuang keamanan global, khusus Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

PM Anwar mahu Presiden AS Donald Trump terus memperjuangkan keamanan sejagat, khusus di Palestin
PM Anwar mahu Presiden AS Donald Trump terus memperjuangkan keamanan sejagat, khusus di Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya terus berpegang pada komitmen memperjuangkan keamanan global, khususnya di Semenanjung Gaza.


Sambil menzahirkan penghargaan terhadap usaha Trump menggalakkan perdamaian antarabangsa, beliau menekankan perlunya tumpuan berterusan ke arah keamanan menyeluruh dan berkekalan seperti diharapkan masyarakat dunia.


"Saya benar-benar gembira Tuan Presiden, apabila mendengar sendiri daripada anda betapa tekadnya anda untuk memastikan keamanan dicapai di kawasan paling sukar diatasi, hampir mustahil, tetapi anda berjaya lakukannya.


"Dan kami telah menunjukkan sokongan dan menyeru AS, terutamanya untuk meneruskan usaha ini dengan sokongan ramai, bukan hanya negara jiran, tetapi juga seluruh dunia," katanya.


Anwar selaku Pengerusi ASEAN sebelumnya menyertai Trump menyaksikan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menandatangani Perjanjian Damai KL.


Perjanjian itu dimeterai di luar acara Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur semalam.


Trump tiba di Malaysia pada Ahad bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20, menandakan lawatan pertama Presiden AS ke Malaysia dalam tempoh sedekad.


Sidang kemuncak itu berlangsung hingga 28 Oktober dan menjadi yang terakhir di bawah pengerusian Malaysia sebelum diserahkan kepada Filipina.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page