top of page

Anwar satu satunya PM berani isytihar harta - Sim Tze Tzin



Cabaran bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar PM semasa, Datuk seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta sebenarnya tidak perlu sama sekali.


Menurut Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia Sim Tze Tzin, Anwar sebaliknya telah pun mengisytiharkan hartanya pada sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.


Malah, kata beliau, Anwar merupakan PM pertama di Malaysia yang mengisytiharkan harta sebelum hari penamaan calon.


Manakala parti KEADILAN pula, katanya, merupakan parti yang mewajibkan calonnya mengisytihar harta tanpa perlu dicabar oleh mana mana ahli politik lawan.


"PM Anwar Ibrahim satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah yang telah mengisytiharkan harta. Tiada orang lain.


"Parti KEADILAN pula satu-satunya parti dalam sejarah Malaysia, yang calonnya mengisytiharkan harta sebelum memasuki PRU15. Tiada orang lain," kata Tze Tzin dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Bayan Baru itu menempelak sikap pembangkang Perikatan Nasional yang kini diperkuat dengan kritikan Tun Mahathir yang bertali arus menyerang Anwar untuk mencuba menumbangkan Kerajaan Perpaduan.


Katanya, pembangkang dan sekutu mereka tidak mempunyai perjuangan yang jelas selepas gagal membentuk kerajaan pada November 2022 lalu kecuali bercita cita merampas kuasa agar mereka boleh melepaskan diri daripada sebarang penyiasatan atau tuduhan rasuah.


Oleh itu, kata Tze Tzin, selepas mengetahui aset Anwar mengapakah PN berdiam diri dan tidak pula mengisytiharkan aset mereka sekiranya benar benar bersih.


"Mereka yang terus menyerang Anwar, saya cabar mereka untuk isytihar aset. Tunjukkan diri bersih, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.


"Malaysia memerlukan ahli politik yang bersih daripada politik lama, korup dan toksik. Kita mesti menuju ke arah Malaysia yang stabil, telus dan tadbir urus yang baik," katanya lagi.


Sehubungan itu, Tze Tzin menyeru agar Tun atau PN menghentikan serangan kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan.


Minggu lalu, Tun mahathir menyerang Anwar kononnya tidak mengisytiharkan aset dan turut membantu kroni ketika PM itu bergelar Timbalan Perdana Menteri pada 1990an lalu.


Namun tuduhan Tun itu tidak pernah menjadi kes pendakwaan sepanjang tempoh Anwar bergelar pembangkang dan berkali kali ke mahkamah sepanjang 24 tahun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page