top of page

Anwar saman Mahiaddin tuduh terima RM15 juta Penasihat Ekonomi Selangor



Datuk Seri Anwar Ibrahim memfaikan saman fitnah terhadap Pengerusi Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang didakwa memfitnahnya berhubung dakwaan menerima bayaran RM15 juta ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.


Saman fitnah tersebut difailkan melalui peguam cara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Anwar dalam saman itu menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.


Beliau turut memohon injunksi untuk menghalang pengerusi PN itu daripada terus menyebut, menulis, menerbitkan, atau mengedarkan kata-kata fitnah yang disangkal, atau kata-kata yang mempunyai kesan sama atau serupa.


Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Mahiaddin membuat fitnah terhadapnya pada 5 Disember lalu dalam kempen bagi calon PN, Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim, menjelang pilihan raya kecil Parlimen Padang Serai.


Kenyataan itu antara lainnya menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur.


Rakaman kenyataan itu yang disebarkan di TikTok telah mendapat kira-kira 1.1 juta tontonan, dikongsi 2,169 kali, mendapat 21,400 “like” serta 6,061 komen.


Pada 7 Disember, Pejabat Menteri Besar Selangor menyangkal dakwaan Muhyiddin dan sebaliknya mendedahkan Anwar hanya dibayar simbolik RM1 setahun sebagai penasihat dan perkara itu telah direkodkan secara rasmi dalam hansard DUN.


Walau bagaimanapun Anwar mendakwa keseluruhan ucapan Mahiaddin kemudiannya terus disiarkan di Facebook pada 8 Dis walaupun surat tuntutan telah dihantar kepada peguam beliau sehari sebelumnya.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page