top of page

Anwar sahkan calon Ketua Pembangkang di Parlimen


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau telah dicalonkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebagai Ketua Pembangkang yang baharu. Pengesahan ini dibuat dalam sesi menjawab soalan netizen di Facebook secara langsung tengah hari tadi. "Saya ingat Setiausaha (Sekretariat) PH Saifuddin Nasution Ismail telah maklumkan kepada Speaker (Dewan Rakyat) keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH, yang juga diberi maklum kepada semua (ahli parlimen) Bersatu yang berpihak kepada pembangkang, dan juga Warisan yang berpihak kepada PH. "Saudara Anwar telah disebut sebagai Ketua Pembangkang yang baharu," kata Ketua Umum PH itu menjawab soalan netizen. Dengan itu Anwar merupakan satu-satunya calon Ketua Pembangkang. Beliau juga memimpin blok PH yang terbesar di Parlimen mewakili 92 kerusi. Ahli Parlimen Port Dickson itu sebelum ini pernah mengetuai blok pembangkang di Dewan Rakyat sebanyak dua kali selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page