top of page

Anwar puji intelektual muda tunjuk prihatin nasib rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 14, 2021
  • 1 min read


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kalangan intelektual muda yang mewujudkan platrorm perbincangan maya dalam aplikasi Clubhouse.


Dalam kenyataan di Facebook malam tadi, Anwar yang sempat menyertai sidang maya tersebut membincangkan tajuk ekonomi dan pendidikan negara.


"Pertama kali di dalam aplikasi Clubhouse. Sesi pertama membincangkan soal ekonomi.


"Sesi kedua adalah tentang pendidikan.


"Saya terharu kerana ini adalah kalangan intelektual muda yang menunjukkan keperihatinan terhadap nasib rakyat dan bangsa," katanya.


Pengguna yang ingin menyertai sembang maya perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi Clubhouse sebelum menggunakan platform berkenaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page