Anwar pemimpin berhemah, tidak angkuh di hadapan Agong, diterima rakyat jelata



Pemimpin ulung seharusnya mempunyai kualiti dalam saat tenang mahu pun krisis.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh yang paling berhemah dalam krisis parlimen tergantung sejak 20 November lalu, dan sewajarnya diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ke 10 tanpa diragui lagi kewibawaannya.


Manakala, menurut beliau, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperlihatkan keangkuhan di depan Yang di-Pertuan Agong pada 22 November lalu apabila menolak tanpa minta dibawa ke mesyuarat PN syor Agong membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH).


"Pada hemat saya sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, bagi saya patut PH dan Anwar diberikan ruang dan peluang untuk selamatkan negara dan membentuk kerajaan.


"Dalam masa krisis (parlimen tergantung), beliau muncul sebagai pemimpin untuk semua, bukan hanya untuk PH sahaja tetapi memikirkan semua.


"Saya rasa sikap beliau ini boleh melunakkan parti dari Sabah Sarawak yang memang setengahnya dah mula menyokong (PH)," katanya kepada Suara Keadilan.


Tegas Hassan, Malaysia memerlukan pemimpin yang diterima semua kaum di negara ini, bukannya oleh orang Melayu sahaja.


Hal itu perlu bagi mengembalikan keyakinan antarabangsa serta pelabur asing untuk menanam modal dalam sebuah negara yang sederhana.


"Kita nak satu pemimpin yang boleh diterima rakyat seluruh negara termasuk institusi raja raja. Mesti ingat negara kita raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.


"Pilihan raya hanya sebahagian sahaja demokrasi berparlimen. Perwakilan dilantik oleh rakyat, tetapi jangan lupa institusi raja raja memainkan peranan ini


"Jadi penolakan Muhyiddin satu contoh yang jelas. Saya lihat sangat tidak berhemah," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER