top of page

Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia



Komuniti perniagaan di Arab Saudi dipelawa untuk membawa lebih banyak pelaburan ke Malaysia.


Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucaptama pada majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di ibu pejabat Islamic Development Bank (IsDB) di Jeddah semalam.


Dihadiri ratusan ahli perniagaan, Anwar berkata Malaysia yang dipimpinnya kini mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.


DS Anwar berucap di institusi kewangan paling berpengaruh di dunia Islam

Malah beliau sendiri komited untuk memudahkan urusan perniagaan di negara ini dengan melakukan pembaharuan yang menyokong perniagaan dan agenda MADANI.


"Sehubungan itu, saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda.

"Kami sudah tentu menggalakkan anda untuk melabur dalam bidang seperti yang saya nyatakan sebagai keutamaan kami iaitu teknologi digital, sekuriti makanan, dan sudah tentu infrastruktur di negara ini, dan kami mengharapkan penglibatan aktif anda di Malaysia," katanya.


Anwar sedang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke negara itu untuk berbincang dan meneroka kerjasama baharu.


Lawatan beliau atas jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page