top of page

Anwar Pejuang Bahasa Kebangsaan Sejati


Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Dalam satu langkah yang wajib diberikan pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan jabatan-jabatan kerajaan agar tidak lagi melayan sebarang surat yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.


Sebagai pilihan, mereka tegasnya, boleh memulangkan sahaja surat-surat yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan itu.


Katanya, beliau menyedari terdapat sikap yang dirasakan "terlajak" atau "terpesong" oleh beberapa pihak yang sering kali cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.


"Jadi saya ingatkan hal ini, kalau dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk swasta, arahannya ialah siapa sahaja menulis dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, surat itu sama ada tidak dilayan atau harus dipulangkan. 


"Pemerkasaan budaya, bahasa dan sastera itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa, jadi jangan kita cuba meremehkan.


"Dan, saya harap peringatan ini diambil kira. Arahan yang jelas, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed) pun ada … tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan rakyat atau syarikat tempatan selain daripada bahasa kebangsaan," katanya lagi.


Anwar yakin tindakan sedemikian tidak akan menjadikan Malaysia "sempit" kerana kerajaan juga tidak meremehkan penguasaan bahasa Inggeris.


"Ini tidak menjadikan kita sempit, kerana saya sering kali mengingatkan rakan-rakan bahawa saya tidak mungkin diminta mengajar di Georgetown University, Washington DC kalau tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.


"Saya tidak remehkan (penguasaan bahasa Inggeris)," katanya. 


Apa yang nyata, arahan Perdana Menteri ini adalah suatu bukti kecintaannya terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, selain inilah sebenarnya jiwa seorang pejuang bahasa yang sejati.


Yang perlu dilakukan selepas ini hanyalah semua jabatan-jabatan kerajaan wajar patuh kepada arahan Perdana Menteri ini, manakala mereka yang mahu berurusan dengan kerajaan pula, gunakanlah bahasa kebangsaan yang ada.


Di negara lain, semua bahasa kebangsaan masing-masing begitu dihormati dan dijadikan medium perantara rasmi tanpa sebarang masalah.


Hanya di negara ini 'ternampak' ada toleransi berkaitan penggunaan bahasa.


Tetapi, dengan adanya arahan jelas lagi tegas daripada Perdana Menteri ini, cukuplah ia sampai di sini sahaja.


Kalau bukan kita yang mendaulatkan bahasa kebangsaan kita, siapa lagi?


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page