Anwar paling layak diangkat sebagai PM, mampu menyatukan negara - Azan


Kemelut yang tidak berkesudahan melanda politik negara sejak Langkah Sheraton dan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak stabil hanya boleh ditangani dengan satu solusi


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, solusi tersebut boleh tercapai dengan mengangkat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin Yassin.


Katanya, berbekalkan pengalaman yang panjang, ditambah dengan kredibiliti serta imej yang bersih dimiliki Anwar, tidak mustahil beliau akan mendapat sokongan majoriti Parlimen dan bergerak menyatukan negara.


"Dalam keadaan sekarang ini, kita lihat orang yang mempunyai keyakinan serta dapat meraih majoriti terbanyak di dalam Parlimen sekiranya Parlimen berfungsi secara betul adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim


"Sudah tentu beliau mempunyai sokongan terbanyak berbanding dengan mana-mana Ahli Parlimen yang lain di dalam Dewan Rakyat.


"Jadi kelayakan itu sepatutnya untuk membolehkan beliau berfungsi sebagai pemandu kepada keadaan sekarang dalam menguruskan apa- apa yang berkaitan dengan pentadbiran negara, terutama dalam keadaan pandemik Covid 19," katanya kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu, kata Azan, Anwar juga diyakini akan mendapat perkenaan daripada Yang di-Pertuan Agong, sekiranya dinilai dengan situasi dan situasi negara ketika ini.


"Saya yakin Agong mempercayai dan yakin dengan Anwar yang mendapat sokongan terbanyak. Majoriti itu memang wujud (pada beliau) namun perkara itu buat masa ini dipatahkan secara bodoh dan licik oleh kerajaan PN.


"Menjadikan Perdana Menteri kita sekarang ini dilihat mengenepikan soal malu, maruah, reputasi antarabangsa mahupun soal menegakkan amalan demokrasi


"Semua diketepikan semata-mata untuk tidak mahu melepaskan kuasa yang didapat secara 'tebuk atap' atau secara mencuri.


"Maka sebab dapat secara curi itulah ia sangat liat, dan tidak mahu melepaskan kerana berdepan dengan perkara buruk seperti isu penderhakaan, perbalahan dan perseteruan dengan Istana Negara," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER