top of page

Anwar mengadap Agong: Tiada perhimpunan KEADILAN di Istana Negara


KEADILAN menyeru kepada semua ahlinya supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan atau berkumpul berhampiran Istana Negara menjelang tempoh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong esok.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini bagi memastikan proses itu berada dalam keadaan yang tenang dan lancar.


"Esok, Selasa 13hb Oktober 2020, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.


"Semua anggota KEADILAN adalah diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.


"Saya juga pohon agar semua rakyat Malaysia bertenang sambil majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu," katanya dalam kenyataan.


Saifuddin juga menyeru semua wakil rakyat supaya terus menumpukan perhatian terhadap usaha memerangi wabak COVID-19.


"KEADILAN mengingatkan semua Ahli-Ahli Parlimen agar terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan serta nasib rakyat di kala pandemik Covid-19 menular," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page