Anwar mahu peruntukan sama rata ke seluruh Parlimen pembangkang



Peruntukan sama rata yang diterima oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) susulan perjanjian kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan PH diminta diluaskan kepada ke semua kawasan pembangkang yang lain


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) meminta Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan saksama biar pun beberapa parti pembangkang lain tidak termasuk dalam perjanjian MoU berkenaan.


"Dibangkitkan mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen. Saya nak bezakan, walaupun MoU ini terikat kepada memorandum saya sebagai Ketua Pembangkang, secara konsisten dari awal (saya) memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua pembangkang, walaupun tidak terikat dengan memorandum kerana tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat pagi tadi.


Namun pada sisi lain, Anwar yang juga Pengerusi PH berpuas hati dengan kemajuan dalam hal hal berkaitan pengendalian Parlimen yang semakin baik selepas MoU, terutama penubuhan Jawatankuasa Khas yang lebih banyak.


"Keduanya ada kemajuan ketara. Saya setuju apa yang disebut Menteri. Ada kemajuan terutama tentang Jawatankuasa Pilihan.

"Dengan peruntukan kuasa yang ditambah. Ketika ini tidak ada peruntukan kuasa memanggil (pelbagai pihak untuk menjawab) dan ini menteri telah beri jaminan untuk diteliti," katanya lagi.


Bagaimanapun, Menteri Undang-undang dan Parlimen Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab peruntukan sama rata berdasarkan kepada Jawatakuasa Pemandu kerajaan dan PH yang membenarkan pihak terlibat dalam MoU diberi peruntukan terlebih dahulu dan yang lain akan ditimbulkan kelak.


Untuk rekod, Parlimen kini mempunyai 9 Jawatankuasa Pilihan Khas dan mempunyai keanggotaan dengan nisbah 5:4 iaitu lima Ahli Parlimen Kerajaan dan empat Ahli Parlimen Pembangkang dengan jumlah keahlian kini menjadi sembilan ahli.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER