top of page

Anwar kongsi konsep MADANI bersama ilmuan Islam Kuwait

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 27, 2024
1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Syeikh Tareq Al-Suwaidan, seorang tokoh pemikir Islam yang berasal dari Kuwait.


Melalui perkongsian dilaman Facebooknya, Anwar berkata Syeikh Tareq berada di Malaysia bagi menghadiri beberapa siri perkongsian ilmu khususnya terkait kepakaran beliau dalam bidang kepimpinan, perancangan strategik dan pengurusan.

"Saya turut berkongsi pandangan tentang konsep MADANI yang dibawa oleh Kerajaan ini yang menekankan pendekatan berimbang serta komitmen memerangi penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pimpinan," katanya melalui hantaran yang turut disertakan beberapa gambar pertemuan itu.


Pada pertemuan tersebut, Anwar turut menyatakan pendirian dan usaha berterusan Malaysia untuk menegakkan keadilan di bumi Palestin pada pertemuan itu.


"Saya turut menzahirkan penghargaan atas usaha Syeikh Tareq melalui mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Terima kasih jua atas doa dan harapan Syeikh Tareq terhadap Malaysia.


"Semoga Malaysia dapat terus menyumbang kepada pembangunan umat dan membantu mengukuhkan kerjasama antara cendekiawan Muslim di peringkat antarabangsa," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page